Khamis, 23 April 2009

Polis Taiping lanjutkan jaminan selama sebulan kepada kami



21 April 2009 - Sebutan Kes ke atas 8 orang AMK yang dijadualkan pada hari ini di Mahkamah Masjistret Taiping ditangguhkan pada 21 Mei 2009. Salah seorang AMK yang ditahan pada 7 April lalu, Saudara Yusri Yaacob merasa kesal atas ketidakprofesional pihak berwajib dalam menangani kes mereka pada hari ini. Seawal jam 8.30 kami semua telah berada di perkarangan Mahkamah dan kemudiannya telah di arahkan ke IPD Taiping kerana Mahkamah tidak menerima apa-apa maklumat berkaitan dengan kes kami. Di IPD Taiping kami di arahkan untuk ke Mahkamah semula kerana pada Surat Jaminan kami tertulis mereka perlu melaporkan diri di Mahkamah. Di Mahkamah sekali lagi kami di arahkan ke IPD Taiping untuk berjumpa dengan DSP Leong Wen Yew, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, IPD Taiping. Kemudian barulah kami semua diminta untuk hadir semula pada 21 Mei 2009. Turut hadir di Mahkamah pada hari ini adalah Pengerusi Perhubungan Negeri, Tuan Haji Osman, Pengarah Pilihanraya Negeri, Tuan Haji Ismail, Ketua Bahagian Taiping, Puan Fathmawaty,Ketua Wanita PKR Perak(ibundaku tersayang), YB Aulong dan aktivis-aktivis Parti Keadilan Rakyat.









2 ulasan:

  1. Ok lah tu anjap... glamer tuuu... don't worry, everything's gonna be alrite... LAWAN TETAP LAWAN!!! - alang

    BalasPadam