Selasa, 23 Jun 2009

Ahad, 21 Jun 2009

AMK Perak akur keputusan Kongres


KAMPAR - Kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Gopeng, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali yang disuarakan Sinar Harian semalam mengenai ketidakpuasan hati usul tergempar yang dibawa semasa Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat reaksi AMK Perak.
Ketua AMK Negeri Perak, Anuar Zakaria berkata, kenyataan Ahmad Tarmizi itu hanyalah sekadar pendapat peribadi mengenai usul tersebut.
Menurutnya, pendapat itu hanya disuarakan AMK di peringkat bahagian, namun AMK perlu akur dan bersetuju dengan keputusan majoriti.
"Itu hanya pandangan peribadi yang disuarakan namun AMK Perak bersedia mematuhi segala keputusan yang dibuat setelah dipersrtujui 90 peratus daripada perwakilan yang hadir pada kongres berkenaan," katanya.
Menurut Anuar, dalam setiap perbincangan tersebut wujud golongan yang bersetuju begitu juga sebaliknya. Namun keputusan yang dibuat ini mendapat sokongan majoriti dan setiap perwakilan perlu bersetuju serta akur.
Semalam, kenyataan yang dikeluarkan Ahmad Tarmizi berhubung had umur AMK yang dikurangkan daripada 40 kepada 35 tahun dibincangkan dalam Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kolej Universiti Islam Selangor di Bangi.
Bagaimanapun, Tarmizi menyatakan kebanyakan perwakilan Perak tidak bersetuju dengan usul berkenaan kerana kebanyakan ahli jawatankuasa AMK Perak terutamanya di Gopeng berusia antara 35 tahun dan ke atas.
Anuar berkata, walaupun AMK peringkat bahagian tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Kongres namun mereka perlu akur dan bersedia untuk mematuhi keputusan majoriti dan tindakan Tarmizi, hanyalah pendapat peribadinya.
Antara usul yang dibincangkan dalam kongres berkenaan termasuk menghadkan tempoh perkhidmatan Presiden kepada tiga penggal atau sembilan tahun, memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita dan meminda hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa.
Selain itu, beberapa istilah yang perlu ditukar juga turut dibincangkan iaitu menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri kepada majlis pimpinan negeri.
"Kita harus memberi ruang untuk perwakilan menyuarakan pendapat masing-masing kerana negara kita mengamalkan prinsip demokrasi. Namun setelah keputusan dibuat di peringkat tertinggi, setiap perwakilan harus akur dan patuhi malahan ianya dibuat setelah mendengar suara majoriti," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Anuar berkata, tindakan menghadkan umur ini memberi ruang kepada pelapis baru dalam usaha meningkatkan kemajuan dan dan meneruskan perjuangan parti.
Ketika ditanya mengenai nasib ahli AMK yang berumur 35 dan ke atas, Anuar berkata mereka yang berusia 35 dan ke atas akan diberi peluang memegang tampuk pentadbiran di peringkat tertinggi atau peringkat negeri.
"Kita bersetuju dengan keputusan perbincangan kongres namun tidak pernah menghalang mereka yang berumur 35 dan ke atas aktif. Malah, mereka akan diberi peluang bergiat diperingkat tertinggi dalam parti," katanya.

Ahad, 7 Jun 2009

Skuad AMK Perak akan ke Serawak

Alhamdulillah.kejayaan demi kejayaan telah dibuktikan oleh Skuad AMK Perak.pertama di PRK Bukit Gantang,dimana jentera anak muda perak bersama-sama Skuad Pahang bekerjasama membantu kemenangan MB Nizar.Kedua,Skuad AMK Perak telah bekerja sepenuh masa di JDM 6 untuk membantu kemenangan Dr.Mansor Othman di PRK N12 Penanti.Ketiga,Jawatankuasa AMK Kuala Kangsar menjemput Skuad AMK Perak membuat promosi Skuad AMK untuk penambahan anggota Skuad,didalam Program Ceramah Perdana yang dianjurkan oleh PKR Bahagian Kuala Kangsar pada 10hb jun ini.dan yang keempat,3orang wakil Skuad AMK Perak akan terbang ke Kepulauan Borneo,Serawak......
Esok pada pukul 1255thri,aku bersama 2orang lagi wakil Skuad AMK Perak akan terbang ke Serawak untuk membantu persiapan pilihanraya negeri Serawak,dimana kami diberi peluang untuk membantu AMK Serawak didalam penubuhan Skuad AMK Serawak.
Program penubuhan Skuad AMK Serawak ini telah dirancang dan dikelola oleh salah seorang mentor politikku,Abg Jol.Kami telah berkenalan sejak di PRK P36 Kuala Terengganu lagi.Beliau banyak mengajarku tentang politik dan kehidupan.Terima kasih Abg Jol!!
Kami akan berada disana selama 10hari.Harap apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang.InsyaAllah!Antara Skuad AMK Perak yg turut pergi ke Serawak ialah sahabat sejatiku merangkap Setiausaha Skuad AMK Perak,Khairul Naim dan Abg Akhdhor(Bendahari Skuad AMK Perak yg juga salah seorang mentor politikku).
Bagi kami,ini adalah satu penghormatan kepada Skuad AMK Perak kerana telah diberi kepercayaan untuk membantu misi menawan Serawak pada Pihihanraya negeri Serawak yg bakal diadakan tak lama lagi.InsyaAllah.
Oleh yang demikian,kami akan berusaha keras lagi untuk mengekalkan kejayaan dan bersama-sama membawa Dato Seri Anwar Ibrahim ke PUTRAJAYA.InsyaAllah.