Rabu, 8 Julai 2009

KONVENSYEN PARTI KEADILAN PERAK

TARIKH : 18 JULAI 2009
HARI : SABTU
MASA : JAM 8.00 PAGI(PENDAFTARAN 8.00 AM)
TEMPAT: RUMAH REHAT TELUK INTAN
TETAMU :YB AZMIN ALI
YB TIAN CHUA
YB HAJJAH FAUZIAH SALEH
PESERTA: 10 PIMPINAN SETIAP CABANG

Current Issues Forum di Ipoh



DATANGLAH BERAMAI2!!MOH KITE YOP!

Isnin, 6 Julai 2009

Pidato Kepimpinan & Dialog bersama DSAI



Dijemput rakan-rakan ahli Kelab Anwar Ibrahim (AIC) untuk ke program Pidato Kepimpinan dan Sessi Dialog bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim. Maklumat program adalah seperti di bawah :

Tarikh : 9hb Julai, 2009 (Khamis)

Waktu : 8.00malam

Tempat : Dewan Utama, Unisel

Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Selangor (Unisel) dengan kerjasama AIC dan i-Rakan. Dato' Seri Anwar akan memberikan pidato dan membuka ruang untuk soal-jawab bersama hadirin.

Jumpa anda di sana!

KEJAM : Konspirasi Jahat Terhadap DSAI




Keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi secara jelas dan terang menggambarkan usaha berterusan Umno-BN untuk memastikan kemaraan rakyat di bawah Pakatan Rakyat terhalang.

Setelah pelbagai usaha jahat dan kotor untuk mengganggu gugat kestabilan Pakatan Rakyat menemui jalan buntu, maka klimaks kepada usaha ini terlihat melalui perbicaraan mahkamah ke atas konspirasi kedua yang dipalitkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembuktian bagaimana usaha terancang yang melibatkan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara – ironinya keduanya adalah institusi besar di dalam perjalanan kes ini – sebermula konspirasi tahun 1998 dahulu, ditolak mentah oleh Mahkamah Rayuan.

Justeru hari ini, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), secara rasminya melancarkan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEJAM).

KEJAM tidak ditubuhkan semata-mata berasaskan sentimen politik, tetapi bersandarkan kepada fakta perundangan yang bersifat imperikal yang secara langsung membuktikan bahawa konspirasi kes liwat kedua ini adalah satu usaha politik kotor dan terdesak oleh Umno-BN.

Pembuktian demi pembuktian telahpun dikemuka dan diperoleh, namun perencanaan jahat ini kelihatan berupaya menghasilkan keputusan yang memenangkan mereka dengan kerjasama daripada institusi perundangan dan polis yang telahpun membuktikan profesionalisme yang mencurigakan sepanjang proses penyiasataan dan perbicaraan awal kes ini berjalan.

KEJAM akan menggerakkan usaha menyatakan solidariti ke atas Datuk Seri Anwar, dan akan menyebarluas fakta-fakta dan bukti-bukti alibi yang sekaligus membuktikan bahawa konspirasi ini tidak lain hanyalah satu usaha mengekang kemaraan rakyat yang semakin hari semakin menolak Umno-BN.

AMK yakin dan percaya bahawa usaha kotor ini akan menemui kegagalan di tangan rakyat, malah impaknya akan lebih memberi kesan kepada Umno-BN, selagi mana mereka terus dijangkiti sindrom penafian bahawa rakyat semakin muak dan jelak ke atas konspirasi jahat ini.

Rakyat semakin celik dengan kebenaran, dan rakyat akan terus jelek untuk menelan ‘operasi pembodohan’ yang dijalankan Umno-BN secara berterusan

Khamis, 2 Julai 2009

mlm semlm sebelum tido.aku sesajelah bukak kotak khazanah aku mase kecik2 dulu.sedang khusyuk aku tgk gambar2 aku dlu,terjumpa satu2nya khazanah reformasi tahun 1999 yg aku dpt kekalkan.bnyk gambar2 reformasi dah hilang.gambar diatas ni lah satu-satunya bukti yang boleh aku tunjuk kat ank cucu aku nnti bhwa aku sudah bergerak dlm gerakan reformasi pada awal tahun 1999 lagi.so,aku nak crita skit kenangan aku dulu bersama kawan2 skolah aku.
masa tu umor aku 13thun(form1).masa tu kebangkitan rakyat telah berlaku.slalu ada demonstrasi di KL untuk membantah tindakan diktator mahadey yg zalim terhadap rakyat.Jadi pada suatu hari,aku mengajak kawan2 kelas aku untuk pergi bersama-sama dengan jutaan rakyat yg lain untuk berdemonstrasi di kl.pujok punya pujok,sume 7orang kawan aku stuju nk pegi ke KL.aku buat kate spakat untuk tipu sunat family kami bhwa skolah akan adekan 1 rombongan ke KL.n kene bayar yuran rm50.Jadi,pada hari sabtu,pagi(tarikh aku tak ingt),berbekalkan rm50 tu kami ber7 menuju ke KL dengan menaiki bas ekspres.sampai di KL,dengan bantuan pakcik teksi yg juga orang kuat anwar,die hantar kami terus ke masjid negera .Waaa inilah pertama kali kami berdemontrasi!!jutaan rakyat bersama kami!!!haha..semangat kami membuak2 apabila mendengan laungan reformasi!!!!sampai ke maghrib kami disitu!!lepas tu!kami amik kputusan tido di hotel murah di jln chowkitt!!ahaha..kami baru teringt yg apek,(dlm gambar;tgh duduk) ade bawak kamera!.jd kami gunakan pluang untuk berposing dngan baju n bendera yg kami dpt dari masjid negara td!ahaha...itu lah pengalaman yg aku n 7orang rakan2 aku tak dpt lupakan sampai harini!!!.siri demonstrasi di KL aku tak pernah miss lepas tu!!insyaAllah 8hb ni aku akan bangkitkan balik semangat REFORMASI!!marilah turun beramai2 ke mahkamah tinggi untuk moral support keatas DSAI!!!REFORMASI!!!!!

dari kiri; aku,aidil,man,pejoi,apit.dan yg duduk apek!

Selasa, 23 Jun 2009

Ahad, 21 Jun 2009

AMK Perak akur keputusan Kongres


KAMPAR - Kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Gopeng, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali yang disuarakan Sinar Harian semalam mengenai ketidakpuasan hati usul tergempar yang dibawa semasa Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat reaksi AMK Perak.
Ketua AMK Negeri Perak, Anuar Zakaria berkata, kenyataan Ahmad Tarmizi itu hanyalah sekadar pendapat peribadi mengenai usul tersebut.
Menurutnya, pendapat itu hanya disuarakan AMK di peringkat bahagian, namun AMK perlu akur dan bersetuju dengan keputusan majoriti.
"Itu hanya pandangan peribadi yang disuarakan namun AMK Perak bersedia mematuhi segala keputusan yang dibuat setelah dipersrtujui 90 peratus daripada perwakilan yang hadir pada kongres berkenaan," katanya.
Menurut Anuar, dalam setiap perbincangan tersebut wujud golongan yang bersetuju begitu juga sebaliknya. Namun keputusan yang dibuat ini mendapat sokongan majoriti dan setiap perwakilan perlu bersetuju serta akur.
Semalam, kenyataan yang dikeluarkan Ahmad Tarmizi berhubung had umur AMK yang dikurangkan daripada 40 kepada 35 tahun dibincangkan dalam Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kolej Universiti Islam Selangor di Bangi.
Bagaimanapun, Tarmizi menyatakan kebanyakan perwakilan Perak tidak bersetuju dengan usul berkenaan kerana kebanyakan ahli jawatankuasa AMK Perak terutamanya di Gopeng berusia antara 35 tahun dan ke atas.
Anuar berkata, walaupun AMK peringkat bahagian tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Kongres namun mereka perlu akur dan bersedia untuk mematuhi keputusan majoriti dan tindakan Tarmizi, hanyalah pendapat peribadinya.
Antara usul yang dibincangkan dalam kongres berkenaan termasuk menghadkan tempoh perkhidmatan Presiden kepada tiga penggal atau sembilan tahun, memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita dan meminda hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa.
Selain itu, beberapa istilah yang perlu ditukar juga turut dibincangkan iaitu menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri kepada majlis pimpinan negeri.
"Kita harus memberi ruang untuk perwakilan menyuarakan pendapat masing-masing kerana negara kita mengamalkan prinsip demokrasi. Namun setelah keputusan dibuat di peringkat tertinggi, setiap perwakilan harus akur dan patuhi malahan ianya dibuat setelah mendengar suara majoriti," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Anuar berkata, tindakan menghadkan umur ini memberi ruang kepada pelapis baru dalam usaha meningkatkan kemajuan dan dan meneruskan perjuangan parti.
Ketika ditanya mengenai nasib ahli AMK yang berumur 35 dan ke atas, Anuar berkata mereka yang berusia 35 dan ke atas akan diberi peluang memegang tampuk pentadbiran di peringkat tertinggi atau peringkat negeri.
"Kita bersetuju dengan keputusan perbincangan kongres namun tidak pernah menghalang mereka yang berumur 35 dan ke atas aktif. Malah, mereka akan diberi peluang bergiat diperingkat tertinggi dalam parti," katanya.