Isnin, 19 Januari 2009

Pemuda Pakatan Rakyat konvoi ke Cameron Highland

sehari selepas kemenangan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu,Pemuda Pakatan Rakyat bahagian Gopeng pula meraihkan kemenangan selepas berjaya mengadakan konvoi bermotor bersama-sama yang dirasmikan oleh YB Dr.Lee Boon Chye,ahli Parlimen Gopeng.

Mengikut timbalan ketua program ni,saudara Tommy(PKR),lebih 80buah motor mengikuti program ni,yang terdiri daripada Pemuda Pas,Angkatan Muda KeADILan dan Pemuda DAP bahagian Gopeng.Ini adalah program pertama Pemuda Pakatan Rakyat dalam tahun 2009 ni.

Walaupun aku,Ali,n Naim tak dapat menyertai program ni dari awal kerana bertolak dari K.T'ganu agak lewat,tetapi kami dapat berkonvoi turun dari Cameron bersama-sama.

Sebelum peserta2 konvoi bergerak untuk turun,mereka sempat melawati pejabat PKR cawangan Bukit Raja yang baru sebulan dirasmikan.Ketua PKR Bahagian Cameron Highland dan ahli jawatankuasanya menyambut mereka setibanya mereka di Pejabat PKR Cawangan Bukit Raja tersebut.

setelah 30minit berada di pejabat baru tu,peserta mula bergerak turun.Pada pukul 7mlm,kami semua sampai di Simpang Pulai,Ipoh.





Malam Kemenangan!

Inilah hadiah yang bermakna bagi semua petugas2 Pakatan Rakyat terutama yang datang dari jauh,dengan bermodalkan duit sendiri,dengan anak bini ditinggalkan dikampung!,iaitu KEMENANGAN Wahid Endut sebagai wakil rakyat dlm PRK KT!!!

Alhamdulillah,keputusan PRK KT ni boleh dianggap sabagai amaran besar kepada BN,terutama UMNO bahawa Pakatan Rakyat sudah hampir dengan Putrajaya!dengan kemenangan hatrik ni jugak kita dapat lihat bahawa trial exam Najib Mongolia untuk menjadi PM Failed!!!!!..ahaha...

kat sini aku pautkan sedikit suasana malam kemenangan rakyat selepas keputusan diumumkan!!!

-zaf





AMK Pahang menyemarakkan hari berkempen

Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan Pahang,saudara Hatta yang mengetuai rombongan AMK Pahang ke Kuala Terengganu telah menyemarakkan lagi hari akhir berkempen dengan gelagat2 yang mencuit hati orang ramai sehinggakan RPK n The Gang turut sama berkempen.





Semangat PAKATAN RAKYAT

Petama sekali,aku ingin mengucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada semua AMK M'sia yang bekerja keras berkempen bagi memastikan wakil Pakatan Rakyat memenangi PRK haritu!dikesempatan ini aku juga mengucapkan tahniah kepada para petugas Pas,PKR mahupun DAP.

Pada petang hari pengundian,dengan menaiki motosikal ex5 sahabat yg baruku kenali, aku sempat melawat ke setiap tempat pengundian di sekitar DUN Ladang dan Bandar.Seronok aku tgk kaum Cina dan India mengibar dan membawa bendera Pas dan poster YB Wahid Endut!!

aku tanak cakap banyak sebab aku tak reti buat ayat.tapi aku sampaikan massage yg cuba aku sampaikan melalui gambar2 dari kacalens kamera aku.

-zaf







Aksi Lucah Penyokong BN



PEMIMPIN BN TIDAK MAMPU MENDISPLIN AHLI MEREKA...
MACAM MANA NAK DISPLIN DIORANG SENDIRI TAKDA DISPLIN...

Abdul Wahid menang di KT, kerusi ke 83 Pakatan Rakyat

KUALA TERENGGANU 17 JANUARI (SK) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan secara rasmi calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut telah memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi.

Abdul Wahid kini telah menjadikan kerusi Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi.

Keputusan berkenaan diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada jam 9.30 malam tadi
Mohd Abdul Wahid memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,552 undi.

Manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.
Anti-BN Pictures, Images and Photos
(dipetik dari : suarakeadilan.com.my)

Ahad, 18 Januari 2009

P'raya kecil KT cermin 'mood' politik negara

Cita-cita pembangkang untuk mengambil alih kuasa mendapat anjakan yang memberangsangkan ekoran kemenangan calonnya dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam, yang mengikut para pemerhati, turut menjejaskan kedudukan Barisan Nasional (BN).

Kemenangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dari PAS - salah sebuah anggota Pakatan Rakyat - dalam pilihanraya kecil tersebut, dilihat sebagai mencerminkan 'mood' politik negara sekarang.

Kemenangan itu juga - walaupun tidak menjejaskan kedudukan kerajaan BN - tetapi ia menunjukkan kerajaan gagal menarik semula sokongan rakyat selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac 2008, sekaligus telah mencetuskan desakan supaya dilakukan perubahan dalam BN.

"Kemenangan itu menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan," kata Ketua Pembangkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pakatan Rakyat pimpinannya memenangi lima negeri dan lebih satu pertiga kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Kemenangan calon PAS dengan majoriti selesa 2,631 undi semalam adalah ekoran peralihan sokongan pengundi Melayu kepada pembangkang.Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Desak Perubahan

Kekalahan BN di Kuala Terengganu semalam telah mencetuskan desakan dari bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah supaya dilakukan perubahan segera dalam gabungan BN.

Ahli Parlimen Gua Musang dan bekas naib presiden Umno itu menyifatkan BN "dimalukan" sekali lagi ekoran kekalahan semalam.Katanya, walaupun BN kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu - yang juga terburuk dalam sejarah kerajaan - tetapi tidak nampak langsung sebarang perubahan asas dibuat untuk memperbaiki keadaan atau ia menunjukan BN tidak mengambil iktibar daripadanya.

Malah, beliau melihat BN sekarang seolah-olah terambing ambing seperti sebuah bahtera tanpa nakhoda.

Siva Murugan Pandian, seorang penganalisa politik dari Universiti Sains Malaysia pula berkata, kemenangan pembangkang semalam telah memberi satu anjakan besar kepada Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

"Jika Datuk Seri Anwar dapat memastikan tidak berlaku keretakan dalam Pakatan Rakyat, maka pembangkang boleh mangambil alih kuasa dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Sokongan pengundi Melayu

"Tetapi ia hanya boleh berlaku jika peralihan sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat berterusan," katanya.

Siva berkata, keputusan semalam juga merupakan satu petanda tidak baik terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang akan mengambil alih jawatan perdana menteri dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selepas pemilihan Umno Mac depan.Abdullah tidak bertanding dalam pemilihan Umno ekoran desakan kuat dari akar umbi dan kalangan pemimpin tinggi Umno ekoran kekalahan teruk BN, khususnya Umno, dalam pilihanraya umum lalu.Selepas kesemua 193 bahagian Umno selesai bermesyuarat November lalu, Najib menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden Umno.

Tengku Razaleigh yang mahu mencabarnya, gagal mendapat kuota pencalonan yang mencukupi - sebanyak 58 pencalonan. Beliau hanya mendapat pencalonan dari bahagiannya - Umno Gua Musang.

Manakala Bridget Welsh, pakar politik Asia Tenggara di Universiti Johns Hopkin pula berkata kekalahan BN di Kuala Terengganu akan mencetuskan persoalan mengenai peningkatan kedudukan Najib sebagai perdana menteri.

Reaksi Najib

Ini kerana Najib sendiri mengetuai jentera kempen BN di Kuala Terengganu dan kekalahan BN itu merupakan satu lagi kegagalan kerajaan dalam pilihanraya kecil selepas Permatang Pauh, yang menyaksikan Anwar kembali ke Parlimen.

Ketika mengulas kekalahan calon BN semalam, Najib berkata beliau tidak fikir ia akan memberi kesan kepada BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Najib berkata, beliau juga berkata tidak fikir bahawa pengundi tidak yakin kepadanya untuk mengambil alih kuasa dari perdana menteri sekarang.

Manakala Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre for Opinion Research, pula menyifatkan keputusan pilihanraya kecil semalam menunjukkan kerajaan BN kini berdepan dengan “jurang kredibiliti” dengan pengundi Melayu yang tidak ditangani oleh para pemimpinnya ekoran percakaran sesama sendiri yang berterusan dalam BN. Pengundi muda dan pengundi di kawasan bandar khususnya tidak senang dengan masalah rasuah dan kroni yang berterusan, serta kegagalan Abdullah menunaikan janjinya untuk membawa perubahan, termasuk membersihkan pasukan polis dan badan kehakiman.

Ibrahim juga bersetuju bahawa gabungan pembangkang kini mendapat momentum yang amat diperlukan dan membuktikan parti komponennya dapat bekerjsama secara berkesan walaupun wujudkan dakwaan bahawa berlaku keretakan dalam hubungan sesama mereka.

(dipetik dari : malaysiakini.com)