Isnin, 27 April 2009

Kita berkumpul lagi!!

kehadapan seluruh jentera Angkatan Muda Keadilan!!kita akan berjumpa lagi!!di Penanti!.Kasi kecoh di Penanti pulak!walaupun kita tau,Penanti mmg port kite!tapi kite jgn leka,kita kena pastikan seluruh Angkatan Muda bekerja kuat sepertimana PRK2 yg lepas..Dgr cerita saudara Khairul dr AMK Pahang yg akan mengetuai squad AMK di Penanti nnti!!dengan pengalaman2 sebelum nie,aku sokong 100% jika AMK dari Pahang yg mengetuai squad di Penanti nnti!!..tp tak kesah la sape pon,yang penting kite mesti bersatu tenaga berbekalkan semangat anak2 muda untuk pastikan Dun Penanti nnti kita menang dengan majoriti yang lebih besar darpada seblm nie!!!

n aku nk pesan,penamaan calon 23hb,jadi otw nnti ke Penanti tu nnti,mai le singgah ke tepeng dulu pd 21hb!coz 8org pembawa keranda akan nek court pd 21hb tu!!haaaaaaaaaaa....kite lepak dulu di tepeng,then kite ramai2 berkonvoi ke Penanti same2!!haaaaaaaaaaaaaa

Khamis, 23 April 2009

video sebutan kes dimahkamah taiping

buka url dibawah untuk terus ke link video

http://www.tvantara.com/v1/video?id=580

Polis Taiping lanjutkan jaminan selama sebulan kepada kami



21 April 2009 - Sebutan Kes ke atas 8 orang AMK yang dijadualkan pada hari ini di Mahkamah Masjistret Taiping ditangguhkan pada 21 Mei 2009. Salah seorang AMK yang ditahan pada 7 April lalu, Saudara Yusri Yaacob merasa kesal atas ketidakprofesional pihak berwajib dalam menangani kes mereka pada hari ini. Seawal jam 8.30 kami semua telah berada di perkarangan Mahkamah dan kemudiannya telah di arahkan ke IPD Taiping kerana Mahkamah tidak menerima apa-apa maklumat berkaitan dengan kes kami. Di IPD Taiping kami di arahkan untuk ke Mahkamah semula kerana pada Surat Jaminan kami tertulis mereka perlu melaporkan diri di Mahkamah. Di Mahkamah sekali lagi kami di arahkan ke IPD Taiping untuk berjumpa dengan DSP Leong Wen Yew, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, IPD Taiping. Kemudian barulah kami semua diminta untuk hadir semula pada 21 Mei 2009. Turut hadir di Mahkamah pada hari ini adalah Pengerusi Perhubungan Negeri, Tuan Haji Osman, Pengarah Pilihanraya Negeri, Tuan Haji Ismail, Ketua Bahagian Taiping, Puan Fathmawaty,Ketua Wanita PKR Perak(ibundaku tersayang), YB Aulong dan aktivis-aktivis Parti Keadilan Rakyat.









Ahad, 19 April 2009

152

Pada 26 April 2009, bertempat di Rumah Kelab Seksyen 16 Petaling Jaya, AIC akan menganjurkan satu aktiviti bagi menghayati semangat Perjuangan Bahasa Melayu bertajuk “Amanat Buat Pejuang Muda” Persembahan deklamasi puisi, sajak dan lagu khas dari tetamu jemputan seperti Amin Iskandar (Black) dan Rahmat Haron serta wakil-wakil dari AIC.

Khamis, 16 April 2009

UMNO liwat Perak

Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Speaker DUN Perak menggantung MB DPulau dan enam exconya daripada menghadiri sidang DUN sememangnya telah dijangka. Syabas dan tahniah kerana mahkamah mengizinkan insitusi ini menjadi talian hayat kepada UMNO. Setinggi tahniah kepada MB DPulau kerana telah berjaya membuktikan bahawa UMNO adalah parti pengemis atau parti peminta sedekah. Hilang terus gahnya UMNO di negara ini. Walaupun Speaker DUN, YB Sivakumar tidak mungkin mengeluarkan notis Sidang DUN, MB DPulau tetap akan mengusahakan Sidang DUN tajaannya dihalalkan oleh mahkamah. Bukankah MB DPulau telah menjadi pakar merampas kuasa ikut pintu belakang? Tentu tiada masalah lagi untuk MB DPulau terus bermain di bahagian belakang. MB DPulau dan One Malaysia telah meliwat PR. MB DPulau dan One Malaysia telah meliwat rakyat Perak. Dan lebih mendukacitakan rakyat Perak ialah apabila One Malaysia berani meliwat istana. Jikalau istanapun boleh diliwat, apalah sukarnya meliwat mahkamah!

Terima kasih MB DPulau dan One Malaysia. Terima kasih kerana merampas kuasa di Perak. Terima kasih kerana membantu menyatukan PR. PAS, PKR dan DAP semakin padu dan bersatu.Terima kasih tidak terhingga kerana menambahkan sokongan rakyat kepada PR. Terima kasih kerana menunjukkan kepada rakyat akan pemimpin masa depan Malaysia selepas DSAI. Terima kasih kerana menambahkan masalah kepada BN dalam PRU 13 nanti.

UMNO tidak lagi dihormati. UMNO telah tidak lagi relevan kepada Melayu. UMNO telah mengecewakan Melayu. UMNO telah semakin menyimpang jauh daripada perjuangan Melayunya. UMNO telah layu. One Malaysia hanya pandai berkata-kata. One Malaysia sedang menggula-gulakan rakyat. Buang yang keroh, ambil yang jernih. UMNO akan kembali membela rakyat. Tetapi rakyat telah hilang kepercayaannya. Golongan Melayu muda semakin menjauhi UMNO. Golongan bukan Melayu telah membulatkan tekad tidak akan mengundi BN dalam PRU 13. Golongan Melayu tua semakin berkurangan. Saban hari jumlah kematian pengundi UMNO melebihi jumlah kematian pengundi PR. Saban hari jumlah pengundi baru UMNO amat berkurangan berbanding pengundi baru untuk PR. Bersediakah UMNO untuk PRU 13?

Selagi rakyat setia dan tetap menyokong PR, PR tidak akan mengalah. PR akan lebih bersedia untuk memimpin negeri dan negara selepas PRU 13. Semangat dan keyakinan PR bertaut rapat dengan kehendak rakyat. Rakyat adalah teras perjuangan kepada pemimpin PR. Dan ini berbeza dengan BN yang perjuangannya telah mula dilihat mempermainkan rakyat. Rakyat telah dikatakan tidak bijak kerana tidak menyokong BN, sedangkan pada masa yang sama rakyat diminta menghormati kehendak majoriti. Majoriti rakyat telah memilih PR dalam beberapa siri PRK yang lalu, tetapi UMNO masih terus menyalahkan rakyat kerana memilih PR. Apakah UMNO telah nyanyuk sehingga menjadi parti yang pelupa?

Kepada penyokong dan pengundi PR di Perak, usahlah diharap sangat akan keputusan yang menyebelahi kerajaan PR. Kepada pemimpin PR, teruskan usaha kalian untuk mendedahkan lagi kepincangan talian-talian hayat UMNO. Pada waktu yang sama juga pemimpin PR harus bersatu hati dengan mengurang atau mengsifarkan wasangka sesama sendiri. Ingat, rakyat adalah segala-galanya. Dan yakinlah bahawa Allah tidak akan memberkati apatah lagi merahmati kerajaan haram UMNO di Perak.

(DIPETIK DARI JANTANTUYA.BLOGSPOT.COM)

Rabu, 15 April 2009

pembawa2 keranda altantuya dibicara 21hb ini

8orang(termasuk aku) pembawa replika keranda altantuya di Bukit Gantang pada pilihanraya kecil yg lepas akan dibicara pada 21hb ini.Kami didakwa dibawah akta 4(a),aku pun tak ingt,akta ape tp yg aku ingt,kami ditangkap atas alasan provokasi pilihanraya.Anggota Polis yang menangkap kami pon tak tau ape motif kami ditangkap.meraka just ikot arahan atasan.
Dengan berbekalkan 8orang kekuatan peguam yang disediakan oleh PAS dan AMK sendiri,kami sedikitpon tidak gentar utk dibicara pada 21hb ni.Jadi utk menguatkan lagi semangat kami,diminta semua AMK terutama AMK Perak,turun pada 21hb ni di Mahkamah Taiping,pada pukul 9pagi.ehehehehe

-barisan pembawa replika altantuya
  1. Abg Yus (AMK LUMUT)
  2. Abg Mat (AMK LUMUT)
  3. K (AMK LUMUT)
  4. Abg Jang (AMK KUALA PILAH)
  5. Abg Jol (AMK SERAWAK)
  6. Naguib (AMK TERENGGANU)
  7. Abg Taufik (AMK TERENGGANU)
  8. Zaf (AMK GOPENG)

aku teringat kalam yg penah kuar dari mulut Dato Seri Anwar sendiri iaitu "Jika takot dengan risiko,usah bicara soal perjuangan!".


Jumaat, 10 April 2009

PIDATO RAKYAT (PASCA BKT. GANTANG)

Pidato Rakyat - Pasca Bukit Gantang
Anjuran Angkatan Muda keADILan Perak

Dato Seri Anwar Ibrahim
Dato Seri Nizar Jamaluddin
Sdr. Mustapa Kamil Ayub
Sdr. Shamsul Iskandar
YB manikumar

tempat : Dewan Ahmad Said, Sg Rokam,Ipoh Perak
tarikh : 11 april 2009
waktu : 9pm

Dijemput semua hadir!!!!!!!!