Jumaat, 22 Mei 2009

23 mei 2009

Skarang berada di atas tilam di dorm tingkat 3 di Yayasan Aman.baru balik dari bersembang dengan 2orang mantorku.aku bersame 5buah kenderaan squad AMK Perak yang berkonvoi bersama kakanda Syamsul Iskandar,Ketua AMK M'sia tiba di tapak Pentas Anak Muda pada pukol 930mlm.Semasa di Pentas Anak Muda tu,dlm diri aku dah mula rasa goyang kerana ini adalah cubaan aku didlm PRK sebagai ketua Squad AMK.Ini adalah cubaan pertama aku untuk menerajui jentera penggerak pi Penanti ni.
Walaupun Skuad Amk Perak baru ditubuhkan secara rasmi oleh Kakanda Syamsul Iskandar pada pertemuan dengan beliau seminggu yg lalu.tetapi Skuad AMK terdiri daripada golongan anak muda yg berpengalaman dalam situasi berkempen pilihanraya,tak kira PRU mahupun PRK.Ini telah dibuktikan pada Pilihanraya di Bukit Gantang dimana hasil kerjasama Skuad AMK Perak bersama Skuad AMK Pahang telah mempeengaruhi kemenangan MB Nizar.Tak kira dengan program bersama Wanita,Induk mahupun program AMK sendiri.
Jadi,kami,Skuad AMK Perak akan membuktikan kepada sesiapa yg telah mengutuk dan menghina kami sebelum ini bahawanya kami juga mampu berdiri dan mampu menggugat parti lawan sama seperti sayap2 parti yang lain seperti Wanita,AMK,Srikandi dan sebagainya.
InsyaAllah selama kami disini,kami akan bekerja keras untuk terus memartabatkan perjuangan parti.Jadi,berilah kami sokongan yg padu supaya visi dan misi kami yg murni kami ini berjaya.Salam REFORMASI...

*aku tak bleyh tido ni.mengenangkan detik2 bersejarah di Permatang Pauh ni sewaktu PRK P.44 yg lalu dimana 1 gelombang rakyat menyatakan bahawa DSAI adalah PM M'sia yg ke 7..insyaAllah.

*jadi,aku tuliskan note ni.

Sabtu, 16 Mei 2009

Blog Skuad AMK Perak

www.skuadamkperak.blogspot.com

Zafril, Wira Keranda Altantuya dipilih sebagai Ketua Skuad AMK Perak

Setelah sekian lama tertangguhnya penubuhan Jawatankuasa Skuad AMK Perak, akhirnya pada 14 Mei 2009 (Khamis) yang lalu jawatankuasa tersebut telah berjaya dibentuk.Mesyuarat tersebut yang dibuat di Teluk Intan dipengerusikan oleh sdr. Azlidin yang merupakan Ketua Skuad AMK Malaysia. Ironinya penubuhan Skuad AMK Perak ditubuhkan di daerah tersebut adalah kerana di situlah sejarah bermulanya penubuhan Skuad AMK Malaysia.Kejayaan penubuhan jawatankuasa Skuad AMK Perak adalah bertitik tolak dari kejayaan yang ditunjukkan oleh mereka sewaktu pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang lalu. Komitmen dan kesungguhan yang cukup luar biasa yang ditunjukkan oleh anggota skuad memberikan ilham kepada Ketua Skuad AMK Malaysia untuk menubuhkan Jawatankuasa Skuad AMK di Perak dengan secara rasmi.Pada pemilihan jawatankuasa tersebut, sdr. Muzaffar Shah dipilih sebagai Pengarah Skuad AMK Perak dan sdr. Zafril dari Gopeng telah dipilih secara sebulat suara sebagai Ketua Skuad AMK Perak. Selain itu, bagi jawatan Timbalan Ketua 1 disandang oleh sdr. Irwan dari Bukit Gantang, jawatan Timbalan Ketua 2 disandang oleh sdr. Firdausi dari Tapah, jawatan setiausaha disandang oleh sdr. Naim dari Gopeng, jawatan Bendahari disandang oleh sdr. Ahmad Akhdhor dari Tambun dan sdr. Mat Tabiee dari Tapah telah dilantik sebagai Ketua Penerangan.Dalam mesyuarat tersebut juga, 3 Usul telah diluluskan (1 dari Lumut dan 2 dari Gopeng) untuk dipersembahkan kepada Ketua AMK Perak.Satu memorandum akan dihantar kepada Ketua AMK Perak, Sdr. Anuar Zakaria dan Ketua AMK Malaysia, Sdr. Syamsul Iskandar untuk meluluskan jawatankuasa ini dengan secara rasmi.